Kamen Rider OOO (Ōzu)

Kamen Rider OOO (仮面ライダーオーズ/OOO Kamen Raidā Ōzu?) ialah siri ke-12 dalam era Heisei dalam siri Kamen Rider,dan ke-21 keseluruhannya. Ia mula ditayangkan pada 5 September, 2010, minggu selepas tamatnya Kamen Rider Double, menyertai Tensou Sentai Goseiger dalam senarai Super Hero Time. Siri bergelar Kamen Rider membuat kemunculan kameo dalam filem Kamen Rider Double Forever: A to Z/The Gaia Memories of Fate. Frasa popular untuk siri ini ialah "Saya akan bertukar!!!" (俺が変身する!!! Ore ga henshin suru!!!?).

Hino Eiji adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai impian,tiada kerja dan tidak mempunyai keluarga.Ketika binatang yang serupa raksasa yang dipanggil 'Greeed' telah terbangun setelah tidur 800 tahun.mereka menyerang manusia dan makan dari keinginan manusia , salah seorang daripada ahli Greeed yang disebut Ankh memberikan Eiji tali pinggang dan tiga Pingat untuk melawan Greeed sehingga ia boleh menjadi Raja. Hal ini membolehkan Eiji untuk menjadi Kamen Rider OOO.Yayasan Kougami mendekatinya dan mula membantu dia dalam bertarung melawan Greeed, tapi motif yang sebenarnya mereka tidak jelas. Ketika Eiji berjuang untuk pertama kalinya, dia mulai menyedari apa ertinya "menjadi hidup".
[+]

Kamen Rider W (Double)

Kamen Rider Double (仮面ライダーW(ダブル) Kamen Raidā Daburu?, Kamen Rider W, Masked Rider Double) merupakan siri kesebelas siri Kamen Rider era Heisei serta siri Rider kedua puluh keseluruhannya. Ia mula disiarkan selepas tamatnya siri Kamen Rider Decade pada 6 September 2009, serta disiarkan bersama-sama Samurai Sentai Shinkenger dalam slot program Super Hero Time TV Asahi. Sebaik sahaja siri Shinkenger tamat, ia disiarkan bersama-sama siri Tensou Sentai Goseiger sehinggalah Double tamat pada 29 Ogos 2010. Ia merupakan sebahagian rancangan "Projek Ulang Tahun Kamen Rider Heisei Ke-10: Kempen Musim Luruh" (平成仮面ライダー10周年プロジェクト 秋の陣 Heisei Kamen Raidā Jusshūnen Purojekuto: Aki no Jin?). Cogan kata bagi siri ini ialah "Ini penyelesaiannya!" (これで決まりだ! Kore de kimari da!?).

Di bandar raya Futo (風都 Fūto?, "Bandar Raya Di Bawah Bayu") yang penduduknya amat mementingkan kesedaran alam sekitar, terdapat banyak kincir angin manakala penduduknya hidup dalam keadaan harmoni. Namun demikian, Keluarga Sonozaki menjual peranti misteri menyerupai pemacu kilat USB dipanggil Gaia Memory kepada penjenayah serta pihak yang berminat menggunakannya untuk menjadi raksasa yang digelar Dopant, yang kemudiannya bermaharajalela sehinggakan pihak polis tidak berupaya menangani mereka. Lebih teruk lagi, Gaia Memory yang digunakan menghabiskan lebih banyak kuasa daripada sepatutnya, sehingga ke tahap penggunanya boleh mati akibat penggunaan peranti yang membahayakan nyawa itu. Selepas kematian bosnya, detektif Shotaro Hidari yang tampak bergaya (atau sekadar separuh masak) bekerja dengan Philip yang misteri, yang memiliki Gaia Memory sebenar. Menggunakan Gaia Memory mereka sendiri, Shotaro dan Philip menggunakan tali pinggang Double Driver (Pemacu Berkembar) untuk bertukar dan bergabung sebagai Kamen Rider Double untuk memerangi Dopant. Sedang perjuangan mereka turut disertai pegawai penyiasat bernama Ryu Terui, yang bertukar kepada Kamen Rider Accel, misteri kisah silam Philip serta hubungannya dengan Keluarga Sonozaki serta sindiket Museum mereka turut didedahkan pada lewat siri ini

[+]

Kamen Rider Decade

Kamen Rider Decade (仮面ライダーディケイド Kamen Raidā Dikeido?, Masked Rider DCD, Masked Rider Decade) adalah judul kepada siri 2009 dan terbaru siri tokusatsu Kamen Rider. Decade (dekad), seperti yang ditandakan namnya, ialah siri kesepuluh siri Kamen Rider, setelah bermula dengan Kamen Rider Kuuga pada 2000. Ia mula disiarkan seminggu selepas episod terakhir Kamen Rider Kiva dan dipaparkan dalam Super Hero Time bersama dengaan edisi 2009 siri Super Sentai, Samurai Sentai Shinkenger. Ceritanya melibatkan kesemua sembilan siri Kamen Rider sebelumnya. Ungkapan penarik siri ini ialah "Musnahkan semuanya, sambungkan semuanya." (全てを破壊し、全てを繋げ Subete o hakaishi, subete o tsunage?).

Siri ini mengenai sembilan dunia Kamen Rider Heisei yang pada asalnya wujud secara berasingan kini telah bergabung menjadi satu.Dimensi-dimensi ini menjadi kucar-kacir dan musuh dari setiap dunia mula muncul secara serentak. Kadoya Tsukasa berubah menjadi Kamen Rider Decade untuk melindungi dimensinya dengan menewaskan setiap Kamen Rider dan mendapatkan kuasa mereka.Decade menukarkan kuasa Rider lain kepada kad yang disimpan di dalam tali pinggangnya.

[+]

Kamen Rider Kiva

Kamen Rider Kiva (仮面ライダーキバ Kamen Raidā Kiba?, Satria Bertopeng Kiva) adalah tajuk bagi drama televisyen tokusatsu Jepun 2008 yang dihasilkan oleh Syarikat Toei and Ishimori Productions. Drama ini mula disiarkan pada 27 Januari 2008 selepas berakhirnya siri Kamen Rider Den-O. Ia juga merupakan sebahagian siri bagi segmen "TV Asahi's 2008 Super Hero Time" bersama-sama dengan siri Engine Sentai Go-onger. Iklan bagi siri ini juga adalah berunsurkan filem seram sebagai satu motif bahawa Kamen Rider Kiva adalah "Pontianak". Slogan yang digunakan bagi siri ini ialah "Bangkitlah! Musnahkan rantai takdir". (Wake Up!宿命(さだめ)の鎖を解き放て Ueiku appu! Sadame no kusari o tokihanate?). Episod pertama bagi siri bermula untuk memperingati sempena hari ulangtahun ke-70 Shotaro Ishinomori.

Dua puluh tahun selepas kehilangan ayahnya, Wataru Kurenai (dilakonkan oleh Koji Seto) tinggal di sebuah rumah usang di mana dia ditakdirkan sebagai Kamen Rider Kiva untuk bertarung dengan Puak Fangire yang pernah bertarung dengan bapanya beberapa tahun dulu sebelum menghilangkan diri. Wataru juga terpaksa menghadapi cabaran daripada satu lagi Kamen Rider dalam siri ini yang dikenali sebagai Kamen Rider IXA (仮面ライダーイクサ Kamen Raidā Ikusa?) yang juga merupakan salah seorang ahli daripada sebuah organisasi yang memburu Fangire. Kisah dalam siri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu cerita Wataru pada masa sekarang (2008) dan cerita ayahnya iaitu Otoya Kurenai pada masa lepas (1986), dan membongkar secara perlahan kisah di sebalik kaitan antara Puak Fangire dengan Kiva.

[+]

Kamen Rider Den-O

Kamen Rider Den-O (仮面ライダー電王 Kamen Raidā Den'ō?, Masked Rider Den-O) adalah siri drama ke-17 dari siri Tokusatsuglamor Kamen Rider. Drama ini adalah hasil usaha sama syarikat Ishimori Productions dengan Toei. Drama ini mula diperkenalkan pada 28 Januari 2007 sehingga 20 Januari 2008.

Drama ini mencipta kelainan tersendiri kerana berjaya menarik minat peminat anime Jepun. Selain itu, tiga filem dari drama ini telah dihasilkan. Malah, jualan CD muzik dan DVD bagi drama ini adalah antara yang tertinggi sepanjang drama Tokusatsu Kamen Rider ditayang. Tambahan pula, Toei akan menayangkan filem keempat bagi drama ini di pawagam-pawagam Jepun pada 1 Mei 2009.


"Kereta api masa, Den-Liner. perhentian seterusnya, masa silam atau masa hadapan?" (時の列車デンライナー。次の駅は過去か未来か。 Toki no ressha Denrainā. Tsugi no eki wa kako ka mirai ka.?)

Nogami Ryotaro adalah pemuda yang sentiasa bernasib malang. Pada suatu hari, ada satu peristiwa ganjil berlaku dan dia terjumpa satu pas yang ganjil milik seorang perempuan misteri. Perempuan itu juga muncul bersama kereta api yang besar yang mampu merentas masa. Selain itu, dia juga dirasuk oleh satu entiti yang dipanggil Imagin (イマジン Imajin?); makhluk masa hadapan yang mahu mengubah masa silam. Sungguhpun keliru dengan krisis yang berlaku, Ryotaro bertukar mennjadi Kamen Rider Den-O untuk menghalang mana-mana makhluk Imagin yang mahu mengubah masa silam. Dalam pengembaraan Ryotaro, dia disertai oleh Imagin yang panas baran, Momotaros; Imagin yang miang, Urataros; Imagin yang kuat, Kintaros; dan Imagin yang keanak-anakan, Ryutaros. Dia kemudainnya bertemu dengan Sakurai Yuto dan rakan Imaginnya, Deneb. Yuto adalah Kamen Rider Zeronos dan juga pengembara masa. Dia adalah versi masa silam tunang kakak Ryotaro, Airi yang menghilang secara tiba-tiba, Sakurai, dan mempunyai kaitan dengan kemunculan Imagin.

[+]

Kamen Rider Kabuto

Kamen Rider Kabuto (仮面ライダーカブト Kamen Raidā Kabuto?, Masked Rider Kabuto) ialah siri televisyen superhero tokusatsu Jepun. Ia merupakan siri ke-16 Siri Kamen Rider popular untuk program tokusatsu. Ia merupakan kerjasama antara Ishimori Productions dan Toei. Siri ini disiarkan di TV Asahi. Episod pertama disiarkan pada 29 Januari, 2006, dan dengan episod terakhir disiarkan pada 21 Januari, 2007, melengkapkannya dengan 49 episod. Siri ini mewakili Ulang tahun ke-35 Siri Masked Rider. Kamen Rider Kabuto merupakan Siri Kamen Rider pertama ditayangkan dalam format definisi tinggi.
[+]

Kamen Rider Hibiki

Kamen Rider Hibiki (仮面ライダー響鬼(ヒビキ) Kamen Raidā Hibiki?, Hibiki bermaksud "Hantu Gema") ialah sebuah siri televisyen adiwira tokusatsu Jepun yang merupakan yang kelima belas dalam siri Masked Rider yang terkenal. Terbitan usahasama Ishimori Productions dan Toei ini dikenali kerana memperkenalkan tema-tema dan gaya-gaya baru yang tidak pernah dilihat dalam rancangan-rancangan lain.

Tumpuan utama Hibiki ialah kisah perhubungan seolah guru dan perantis antara Adachi Asumu dan Masked Rider Hibiki. Adachi Asumu ialah seorang remaja lelaki yang kurang yakin akan kebolehan dirinya dan menghadapi dilema dalam hidup apabila meningkat ke sekolah tinggi. Dalam perkembangan selanjutnya, dia mempelajari apa yang perlu agar menjadi lelaki sejati, iaitu lebih yakin akan kebolehan diri. Tumpuan sampingan siri ini ialah pertempuran lama antara Masked Rider (iaitu Onidalam rancangan ini) dan Makamou, jembalang yang hanya boleh ditewaskan dengan "bunyi tulen". Siri ini mengikuti pengembaraan empat Oni utama, iaitu Hibiki, Ibuki, Todoroki dan Zanki.
[+]